CEPER ATAU PENUTUP BOTOL
1.1 LATAR BELAKANG
Permainan penutup botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga sekarang. Permainan ini amat menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan.
Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol sahaja seperti gambar di bawah;
- Kita perlu menyediakan 5 penutup botol untuk memulakan permainan ceper atau penutup botol ini .
- Sediakn 5 penutup botol.
- Setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi menentukan giliran. Pemain dengan markah tertinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu.
- Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan ke udara bagi memastikan ceper tersebut bertebaran seperti gambar di bawah;
3.Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita.
4.Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau tersentuh ceper yang lain, maka, giliran kita tamat dan diteruskan dengan pemain yang lain.
6.Permainan diteruskan sehingga terdapat pemain yang berjaya mengumpul markah penuh dengan pantas.
7.Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebagai pemenang. *markah penuh ditentukan oleh para pemain*
https://www.youtube.com/watch?v=D3rOOzYPHe8
JENIS-JENIS PERMAINAN DI DALAM CEPER ATAU PENUTUP BOTOL:
Terdatpat empat permainan yang dimainkan di dalam ceper atau penutup botol iaitu Ayam,Jamban,Pagar dan Bunga. Setiap permainan ini mempunyai teknik-teknik yang berbeza iaitu seperti berikut:
- Ceper yang bertindih dua selepas diputarkan ke udara dipanggil ayam. Apabila perkara ini berlaku, pemain lain akan menolong untuk memutarkannya kembali ke udara mengikut tahap putaran iaitu "sederhana(hujan), kuat(ribut) dan sangat kuat(taufan)". Tahap ini ditentukan oleh mana-mana pemain yang menyebutnya terlebih dahulu.
- Ceper yang bertindih tiga selepas diputarkan ke udara dipanggil jamban. Ceper disusun secara bertingkat iaitu 2 dibawah, 1 di atas. Pemain akan diberi pilihan oleh pemain lain sama ada untuk memilih jamban terbuka atau tertutup. Kemudian pemain akan menjentik ceper berdasarkan arahan pemain lain.
- Jamban terbuka - 2 dibawah, 1 di atas tertutup, 1 lagi di atas terbuka.
- Jamban tertutup - 2 dibawah, 1 di atas, lebihan ceper sebanyak 2 diletakkan secara bertentangan dengan "jamban".
- Berlaku apabila terdapat 4 ceper yang bertindih selepas diputarkan ke udara. 4 ceper di susun secara bertindih (melintang). Lebihan ceper sebanyak 1 diletakkan bertentangan dengan "pagar" berdasarkan jarak yang ditentukan oleh pemain lain. Kemudian ceper tersebut perlu dijentik melepasi "pagar" tersebut tanpa menyentuhnya.
- Berlaku apabila 5 ceper yang diputarkan ke udara bertindih antara satu sama lain. Keadaan ini jarang berlaku, tetapi mudah untuk dilakukan dengan cara memutarkannya ke udara secara perlahan dan rendah. 4 ceper di susun secara sebelah menyebelah membentuk segi empat sama dan 1 di atas. Pemain lain akan menekan ceper di atas dengan kuat agar ceper-ceper tersebut bertebaran. Kemudian pemain menjentik ceper tersebut berdasarkan arahan pemain lain seperti biasa.
- PENGURUS
- JURULATIH
- PENGADIL
PENGAJURAN
Permainan ceper ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Permainan Traditional Politeknik Mersing,Johor .
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah :
3.1 Memperkenalkan kepada pelajar tentang salah satu permainan tradisonal iaitu ceper.
3.2 Menunjukkan kepada pelajar cara yang betul untuk bermain ceper.
3.3 Menggalakkan pelajar mempunyai perasaan cinta akan permainan tradisi Melayu.
11.0 JAWATAN KERJA AKTIVITI
Pengerusi : MUHAMMAD AMIRUL HADRI BIN ABDUL RAHMAN
Pengarah Program : MOHAMED FARIZWAN BIN MOHAMED TAJUDIN
Setiausaha : NURIN JAZLINA BINTI ABD GHAFAR
Bendahari : MUHAMMAD DINIE FARHAN BIN MOHAMMAD KAMAL
Penyelaras Program : MUHAMMAD RUSYDI BIN ROSLI
Penyelaras Teknikal : NUR ALYA AMIRAH BINTI MOHAMED ZAIDI
Penyelaras Hadiah & Sijil : MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAHRIN
AJK Multimedia : AIN NUR BATRISYIA BINTI ADZLA
- MUHAMMAD AMIRUL HADRI BIN ABDUL RAHMAN - 25DDT21F1043
- AIN NUR BATRISYIA BINTI ADZLA - 25DDT21F1040
- MOHAMMED FARIZWAN BIN MOHAMMED TAJUDIN - 25DDT21F1058
- NURIN JAZLINA BINTI ABD GHAFAR - 25DDT21F1065
- MUHAMMAD DINIE FARHAN BIN MOHAMMAD KAMAL - 25DDT21F1109
- NUR ALYA AMIRAH BINTI MOHAMED ZAIDI - 25DDT21F1062
- MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAHRIN - 25DDT21F1055
- MUHAMMAD RUSYDI BIN ROSLI - 25DDT21F1060
Comments
Post a Comment