Posts

Showing posts from October, 2021

CEPER ATAU PENUTUP BOTOL

Image
  1.1 LATAR BELAKANG      Permainan penutup botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga sekarang.  Permainan ini amat menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan.      Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol sahaja seperti gambar di bawah;                                   Sejarah Permainan Ceper/Penutup Botol Permainan tradisional penutup botol atau dikenali sebagai ceper telah diperkenalkan sejak tahun90-an lagi setelah wujudnya tutup botol pada tahun1892 dengan dipatenkannya temuan ini oleh william painter (u.s. patent 468,258). Painter datang dengan idea untuk menggunakan tutup botol satu kali pakai dengan lekukan dan gerigi yang disebut sebagai gerigi mahkota kerana menyerupai denagan mahko